Friday, May 28, 2010

Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa

1)KESALAHAN HURUF BESAR
Nama Khas (rujukan khusus merujuk nama orang, nama haiwan, pangkat, institusi, bangsa, slogan dsb)
Azam
Ipoh
Sang Kancil
Belang
Kampung Seberang Ramai
Bersih, Cekap dan Amanah
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga


2)KESALAHAN KATA GANTI DIRI
i.ianya sepatutnya ia atau nya sahaja
ii.ia tidak boleh digunakan selain daripada manusia dan benda bernyawa
iii.beliau sepatutnya digunakan untuk orang-orang tertentu sahaja


Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )

Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )

Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )


3)PENGGUNAAN TANDA BACAAN.
Simbol atau tanda bacaan yang digunakan untuk mengisyaratkan pembaca untuk melakukan sesuatu dalam bacaan.
( . ) ( , ) (?) ( ! ) ( - ) ( : ) ( “….” ) ( ;)


1.Noktah ( . )
Sebelum tanda penutup kata ..” dalam cakap ajuk.
Cth: “Air itu masih panas.”

2.Seruan ( ! )
Sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat.
Cth: Aduh, sakit perutku!

3.Sempang/sengkang( -)
Digunakan untuk:
Merangkaikan awalan ke- dengan angka
Cth: ke-10
Merangkaikan angka dengan akhiran –an
Cth: tahun 60-an
Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan huruf besar.
Cth: Petunjuk-Nya, anti-Israel, pro-Amerika,
Digunakan untuk menunjukkan maksud memihak atau menyebelahi sesuatu pihak dan dieja sebagai satu perkataan.
Cth: Prokerajaan, prodemokrasi, promajikan

4.Noktah bertindih ( : )
Digunakan untuk memberikan penjelasan atau memperkenalkan sesuatu.
Cth: Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut:

5.Pengikat kata / petik (“…”)
a)Untuk mengapit petikan langsung
Cth: “Saya sungguh penat,” kata Mas.
b)Pada judul rencana, karangan, novel, puisi dsb.
Cth: Cikgu Ali mengajarkan novel “ Senjakala”

6.Koma bertitik ( ; )
Untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara
Cth: Kami lulus dalam ujian Bahasa Melayu; Rita 90 markah, Tini 98 markah dan Ali 100 markah.


KESALAHAN KATA MAJMUK
Rakan Muda Sekolah
"Selamat Di Jalanraya"


-Secara umumnya, kata majmuk dieja secara terpisah(jarak).
-Ini kerana kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar yang
-Membawa maksud yang berbeza.
-Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang dianggap telah mantap
penggunaannya.
-Oleh itu, kata majmuk yang telah mantap hendak dieja sebagai satu perkataan.

-Pilihan raya
-Lebuh raya
-Reka cipta
-Cahaya mata
-Tengah hari
-Kereta api
-Lebuh raya
-Temu duga
-Ibu bapa
-Usaha sama

Kata Majmuk yang Sudah Mantap

Perlu dieja sebagai satu perkataan
cth :

Antarabangsa Beritahu Tandatangan
Bumiputera Olahraga Tanggungjawab
jawatankuasa Warganegara Kakitangan
Kerjasama Pesuruhjaya Matahari

Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan, dan mestilah mematuhi peraturan ejaan yang telah ditetapkan.

Kata Majmuk
-ambil alih
-satu padu
-kemas kini

Awalan
-mengambil alih
-bersatu padu
-mengemas kini

Apitan
-Pengambilalihan
-menyatupadukan
-pengemaskinian

5)KESALAHAN IMBUHAN
Kesalahan yang berhubungan dengan imbuhan dapat dibahagi kepada:
a.Awalan meN.
b.Akhiran …kan,
c Akhiran ...an dan ...kan,
d.Akhiran ...kan dan ...i,


a) Akhiran …..kan
Akhiran kan
- mengamal dan menyampaikan
- memaju dan mengembangkan
- membesar dan meluaskan
- menyejuk dan menyegarkan
- membangun dan mengukuhkan

Sepatutnya
- mengamalkan dan menyampaikan
- memajukan dan mengembangkan
- membesarkan dan meluaskan
- menyejukkan dan meluaskan
- membangunkan dan mengukuhkan


b) akhiran ...an dan ...kan
akhiran 'an' dan 'kan'
- kesesakkan
- kebanyakkan
- penyemakkan
- menggalakan
- meletakan

sepatutnya
- kesesakan
- kebanyakan
- penyemakan
- menggalakkan
- meletakkan


c) Akhiran ..kan & ...i
Akhiran kan dan i
- mengirimkan ayah surat
- menghadiahkan saya sebentuk cincin
- mengurniakan beliau bintang
- mencucurkannya rahmat
- menganugerahkannya ilmu

sepatutnya
- mengirimi ayah surat atau
mengirimkan surat kepada ayah
- menghadiahi saya sebentuk cincin atau
menghadiahkan sebentuk cincin kepada saya
- mengurniai beliau bintang atau
mengurniakan bintang kepada beliau
- menganugerahinya ilmu atau
menganugerahkan ilmu kepada beliau

6)KESALAHAN HUKUM D-M
-ciri atau sifat susunan kata dalam bahasa Melayu yang kebetulan berbeza daripada
sifat susunan kata dalam bahasa Inggeris.
-Jika dalam bahasa Inggeris penerang (modifier) mendahului kata utamanya (head).
maka dalam Bahasa Melayu sebaliknya pula. Diterangkan perlu mendahului
menerangkan.
-Oleh sebab itulah dalam Bahasa Melayu big house disebut rumah besar dan bukan
besar rumah.

Kesalahan
- dalam lain perkataan
- lain-lain perkara
- Minah Restoran
- Dunlop tayar
- goreng pisang
- Pendingin hawa

Padanan bahasa Inggeris
- in other words
- other matters
- Minah Restaurant
- Dunlop tyre
- fried banana
- Air cond

Pembetulan
- dengan kata-kata lain
- perkara-perkara lain
- Restoran Minah
- tayar Dunlop
- pisang goreng
- Penghawa dingin


7)KESALAHAN KATA BILANGAN
Kesalahan
- kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan ...
- beberapa orang pelajar-pelajar
- lebih banyak bangunan-bangunan
- antara kemudahan-kemudahan
- ramai pelawat-pelawat
- senarai nama-nama
- segerombolan askar-askar
- sepuluh buah rumah-rumah
- burung-burung berterbangan

Sepatutnya
- Kebanyakannya sibuk dengan urusan
- Beberapa orang pelajar
- lebih banyak bangunan
- antara kemudahan
- ramai pelawat
- senarai nama
- Segerombolan askar
- sepuluh buah rumah
- Burung berterbangan

Kesalahan yang sering dilakukan adalah menggandakan kata yang seterusnya.
Emak sibuk menyapu daun-daun kering yang berguguran di halaman rumah.


8)KESALAHAN EJAAN
Salah
- Definasi
- Atlit
- Gembeleng
- Ekslusif
- Agen
- Lembab
- Lageda

Betul
- Definisi
- Atlet
- Gembleng
- Eksklusif
- Ejen
- Lembap
- Legenda

cth :
DI-LARANG MELETAK BAISIKEL2 DI-HADAPAN GUDANG INI.


Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat
a.Teladan ATAU Tauladan b.
Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belah c.
Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan
Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...an
Persaraan ATAU Pesaraan
Pelantikan ATAU Perlantikan
Penstrukturan ATAU Pengstrukturan
Pergolakan ATAU Pergolakkan


9)KESALAHAN KATA PENGUAT
Perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Hadir di hadapan,
belakang dan bebas.

Depan- paling, agak, terlalu, cukup, kurang
Cth - Hasnah agak tinggi orangnya.
- Sam cukup mewah berbelanja.
- Nazrul terlalu sibuk sehingga terlupa untuk makan.

Belakang - sekali, benar, betul
Cth - Gula-gula itu manis betul.
Pasangan itu cocok sekali

Bebas – amat, sangat , sungguh
cth - Bayi itu sangat comel/comel sangat.
dia sungguh nakal.nakal sungguh

Imbuhan ter-
Pilihan yang terbaik


Kesalahan yang sering dilakukan


Kata penguat depan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam. Contoh:
Paling baik sekali
amat pandai sekali
sangat merdu sekali

-ter +kata adjektif + Kata Penguat
terbesar sekali
tercantik sekali

-ter + kata penguat+k.adjektif
tersangat cantik
teramat masyhur


10)KESALAHAN KATA PEMERI
Unsur yang menjadi pemeri hal dan terdiri daripada kata ialah dan adalah.


Ialah – diletakkan di antara subjek dengan predikat yang terdiri daripada kata nama
Cth: Sebut harga yang kami tawarkan ini ialah sebut harga yang terkini.

Adalah – diletakkan di antara subjek dengan predikat yang terdiri daripada selain frasa/kata nama
Cth: Kami yakin bahawa harga yang kami tawarkan adalah yang terbaik di pasaran.


cth :

MAKLUMAN
Adalah di maklumkan, Kerja-kerja ubahsuai tandas sedang di lakukan di kawasan permis tuan/puan.Bagi penghuni bangunan di tkt 1,2,& 3 sila ke tkt 4 atau 5 untukmenggunakan tandas yang sedia ada.Bagi penghuni ti tkt 7,8,9,10 &11 pula, sila gunakan kemudahan tandas di tkt 7,8 &9. Kerjasama dari pihak tuan/puan, kami ucapkan terima kasih.

Arahan
Pengurusan Bangunan


11 KESALAHAN KATA NAFI
Kata yang mempunyai unsur penolakan atau penyangkalan.

Tiga jenis kata nafi iaitu:
Tidak
Bukan


Kata nafi ‘bukan’ digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Itu bukan bapanya.
Kereta api itu bukan dari Perlis tetapi dari Alor Star.
Mahasiswa itu bukan rajin tetapi pandai mengampu.

Kata nafi ‘tidak’ digunakan untuk menafikan frasa adjektif dan frasa kerja.

Dewan itu tidak besar sangat.
Emaknya tidak pergi ke sawah


1. Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas.
2. Penyataan itu adalah tidak benar.
3. Satu usaha yang dijalankan ialah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk
tatapan masyarakat.
4. Keputusan panel hakim ialah muktamad.
5. Tarikh akhir penghantaran tugasan EUW 410 ialah pada 1 Mac 2008..
6. Adalah dimaklumkan bahawa cuti petengahan semester akan bermula pada 20 Ogos
2008.
7. Rumah itu ialah bukan milik kami.
8. Berbagai barangan kulit dijual di pasaraya Aneka.
9. Pensyarah yang baru datang itu ialah pensyarah komunikasi.
10. Pelajar yang paling pandai sekali adalah Arif.
11. Fikirannya amat tajam sekali.
12. Azman pelajar yang teramat malas sekali di dalam kelasnya.
13. Kelihatan daun-daun berguguran ditiup angin.
14. Matlamat utama UniMAP ditubuhkan ialah untuk melahirkan lebih ramai tenaga
jurutera profesional
15. Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan
dari segi pindah budaya dan percambahan pengetahuan.
16. Kesesakan lalulintas menyebabkan Aminah lambat sampai ke universiti.
17. Sani mendapat markah yang paling tertinggi di dalam kelasnya.
18. Bangunan yang tinggi itu ialah bukan pejabat Kumar.
19. Pemain-pemain bola sepak amat yakin benar akan menang dalam perandingan itu.
20. Segerombolan askar-askar Israel telah berjaya menakluki Palestin.


Jawapan :

1. Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.
2. Penyataan itu tidak benar.
3. Satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk
tatapan masyarakat.
4. Keputusan panel hakim ialah muktamad.
5. Tarikh akhir penghantaran tugasan EUW 410 adalah pada 1 Mac 2008..
6. Dengan ini dimaklumkan bahawa cuti pertengahan semester akan bermula pada 20 Ogos
2008.
7. Rumah itu ialah milik kami.
8. Berbagai-bagai barangan kulit dijual di Pasar raya Aneka.
9. Pensyarah yang baru datang itu ialah pensyarah komunikasi
11. Fikirannya amat tajam/tajam sekali.
12. Azman pelajar yang malas sekali di dalam kelasnya.
13. Kelihatan daun berguguran ditiup angin.
14. Matlamat utama UniMAP ditubuhkan adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga
jurutera profesional
15. Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan
dari segi pindah budaya dan percambahan pengetahuan.
16. Kesesakan lalu lintas menyebabkan Aminah lambat sampai ke universiti.
17. Sani mendapat markah yang paling tinggi/ tertinggi di dalam kelasnya.
18. Bangunan yang tinggi itu ialah pejabat Kumar.
19. Pemain-pemain bola sepak amat yakin/yakin benar akan menang dalam pertandingan
itu.
20. Segerombolanaskar/ askar-askar Israel telah berjaya menakluki Palestin.


“Bahasa yang digunakan seseorang mencerminkan peribadinya”

1 comments:

xiaopingwaag said...

Bet of the Day | Dr.MCD
In 안동 출장마사지 this installment of our Bet of the Day series, we will discuss how to use bet 화성 출장마사지 of the day and the best 속초 출장안마 sportsbooks. Also, our 삼척 출장마사지 sports 인천광역 출장안마 betting tipsters will

Post a Comment