Friday, May 28, 2010

Karangan (esei) Panduan menulis esei

Karangan

Definisi
-ciptaan, gubahan, compose (seperti mengarang cerita, lagu, sajak, surat kiriman dll)
-Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:200), karangan ialah penglahiran
perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan/dipilih.
-Melibatkan kemahiran kognitif dan linguistik.
-Penulisan esei/ karangan merupakan aktiviti komunikasi antara penulis dan dengan
pembaca.
-Tujuan menyakinkan tentang kebenaran, kepentingan, keaslian dan sebagainya.


Sesebuah karangan perlu:
Tuntas - (lengkap, menyeluruh)
Menarik perhatian - (mengikat pembaca supaya membaca teks hingga selesai)
Menyakinkan - (mempesona dan memujuk pembaca)
Menjadi ingatan - (ada bahagian dalam teks yang dapat kekal tertanam dalam
kenangan/memori pembaca)


Jenis-jenis esei

Jenis Teks Berformat:
-Surat Rasmi
-Laporan
-Kertas Kerja

Jenis Teks Tak Berformat:
-Pendapat
-Hujahan
-Perbincangan


Ciri-ciri penulisan/esei yang baik

Struktur karangan/esei
Fakta
Gaya dan Laras
Bentuk Wacana (penanda wacana)

1.Struktur asas karangan
- Kepala
- Badan
- Kaki

2.fakta
-Penulisan ilmiah lebih bersifat objektif untuk menguatkan hujahan dan pendapat.
-Fakta yang dikemukakan perlu sahih(bukan rekaan/imaginasi pengarang)

3.Gaya dan laras bahasa
-Laras bahasa dikaitkan dengan bidang berkaitan dengan tajuk.
-Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.

4.Bentuk wacana (penanda wacana)
-Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan/mengaitkan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa
menulis ataupun berucap.
-Seandainya sesuatu wacana/karangan berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang
tepat, akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai
kesatuan dan perpautan yang lengkap.
-Contoh penanda wacana seperti dewasa ini, di samping itu, hal ini demikian dll.


(i) Perenggan Pendahuluan


Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. 

Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.

 Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. 
Karangan bermula dengan ayat pengenalan.  Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai.  Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. 

dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. 
Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.

 
(II) PERENGGAN ISI


isi yang mantap perlu ada:
Fakta/idea utama
Huraian
Contoh

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. 

Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting atau yang dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.

 Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. 

Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama.  contoh


(III) PERENGGAN PENUTUP


Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. 

dibina dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. 

Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan

Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan

Gunakan penanda wacana yang sesuai seperti kesimpulannya, tegasnya, konklusinya, dll


Beberapa cara menulis penutup yang mudah adalah seperti

menyatakan semula,
membuat ramalan,
dan membuat syor. 



(B) MEMBUAT RAMALAN
Menyatakan tanggapan bahawa sesuatu perkara mungkin terjadi akibat daripada sesuatu masalah. 

Satu atau dua tanggapan yang difikirkan lojik boleh diberikan secara ringkas. 

Teknik ini sesuai digunakan untuk beberapa jenis karangan, antaranya perbincangan, ulasan, dan ceramah   Contohnya:

Dengan wujudnya keadaan-keadaan di atas, pencemaran air sukar untuk diatasi.  Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius.  Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat dan menjejaskan kesihatan penduduk.  Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.    



(c) MEMBERIKAN SYOR
memberikan cadangan yang dikira munasabah. 
Dua cadangan dianggap mencukupi.   

Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana yang di bawah ini:

Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-mana sahaja.  Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan dipupuk.  Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek kebersihan.  Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubahsuai.  Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas, wajib dilaksanakan untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya.    



PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-

(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa



1.PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi

Contoh :

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998. Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.



2.PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT –

menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.



3.PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh:

Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?



4.PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh:

Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.


Latihan


Keganasan antarabangsa seperti yang berlaku di Palestin sekarang ini telah mencetuskan pelbagai keadaan huru-hara ekoran banyak nyawa yang terkorban. Keganasan antarabangsa ini meninggalkan kesan kepada setiap aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Bincangkan kesan-kesan tersebut serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.


skema

Pengenalan.
Jenis definisi
Keganasan bermaksud penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan dll utk mendapatkan hak dan tuntutan politik, ekonomi, sosial dll drpd sesuatu pihak.
Disebabkan oleh pertentangan ideologi kelemahan politik atau pentadbiran, kegawatan ekonomi dll.
Keganasan akan mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Isi
Kesan-kesan
kesalamatan rakyat tidak terjamin
Ekonomi negara akan runtuh
Sektor pelancongan dan pentadbiran sesebuah negara hancur-ketidakpercayaan negara-negara lain terhadap negara yang terbabit

Langkah
Penguatkuasaan undang-undang dunia-PBB, OIC, dll
Kerjasama antarabangsa (negara-negara membangun, dunia ketiga dll perlu bersatu)
Sikap bertolak ansur dan kesedarhanaan.


Kesimpulan
Keganasan antarabangsa menghalang perpaduan dan kemajuan
Harus ambil iktibar drpd kehancuran negara-negara lain

1 comments:

Nur Aien said...

erm,mcm mne nk buat esei tingkatan satu yng bertajuk SEJARAH DIRI DAN KELUARGA~ Harap dapat membantu saya

Post a Comment