KATA SENDI NAMA
-Kata sendi nama ialah kata yang terletak di hadapan frasa nama.
-Kata sendi sangat penting dalam komunikasi lisan atau tulisan kerana menjadi
penghubung antara kata nama dengan kata nama dan kata nama dengan kata kerja.
-Apabila kata sendi salah digunakan, atau ditiadakan, maka makna akan berubah sama
sekali.
-Antara kata sendi yang lazim digunakan:
akan antara oleh
pada sejak dari
tentang daripada dalam
demi untuk bagi
seperti terhadap bagai
ke sampai di
dengan hingga untuk
kepada umpama laksana
Penggunaan kata sendi nama secara tidak formal(bahasa pasar)
1.Dia tinggal kat Kg. Y.
(Dia tinggal di Kg. Y)
2.Buku tu kat saya.
(Buku itu ada pada saya)
3.Tolong kirim salam kat Ali.
(Tolong kirim salam kepada Ali)
Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama
"di"
SILA GUNAKAN PNTU DISEBELAH
DI LARANG MAKAN DAN MINUM DI DALAM SURAU
Kata sendi nama “di” tidak boleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya :
Salah Betul
di abad ke – 19 pada abad ke-19
di saat ini pada saat ini
di zaman ini pada zaman ini
di ketika itu pada ketika itu
Di musim tengkujuh pada musim tengkujuh.
2.Penggunaan kata sendi “ke”
Digunakan untuk:
1.Tempat/arah - (Mereka menuju ke arah timur.)
Benda konkrit - (Kesungguhan Zainab mendidik
tak bernyawa Zami selama ini sia-sia ibarat mencurah air ke daun keladi)
Masa/ waktu - (Sehingga ke hari ini, cintanya masih membara.)
- (Dia tersenyum hingga ke saat akhir.)
Kata sendi “ ke “ tidak boleh digunakan untuk manusia. Cth:
- (Hadiah itu diberikannya ke Ali.)
Gabungan kata sendi “dari” dan “ke”
Kata sendi “dari ” juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama “ke”.
.....dari masa ke masa.
.....dari harike sehari
Kesilapan yang sering dilakukan:
Dari masa ke semasa.
Dari hari ke sehari.
Dari detik ke sedetik.
3.Kesalahan penggunaan KSN “kepada”
Digunakan untuk:
Benda bernyawa - (Nasi itu diberikan kepada Comel.)
- (Motor Kris dihadiahkan kepada Ali.)
Benda abstark - (Kini rakyat Malaysia hendaklah memberi tumpuan kepada pemulihan
ekonomi negara kita.)
Perubahan keadaan- (Keadaan tenang di stadium hoki `bertukar kepada keadaan riuh
rendah setelah Pasukan Malaysia menjaringkan gol pertamanya.)
Pecahan - (Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.)
4.Kata sendi “dari” dan “daripada”
“dari” digunakan dalam hal yang menunjukkan arah, masa dan tempat = ATM
Budaya hedonisme telah menular dalam masyarakat kita sejak dari abad ke-19 lagi.
Pak Mat duduk di warung kopi dari pagi hingga ke petang.
Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati.
Kata sendi “daripada” digunakan untuk hal yang lebih umum seperti:
orang - (Kain itu diterima daripada Ali.)
Perbandingan - (Adi lebih tinggi daripada abangnya.)
Asal kejadian - ( Asal benang daripada kapas.)
Bahagian tertentu – (Kumpulan Delima terdiri daripada enam orang.)
5.Kekeliruan penggunaan kata sendi “bagi” dan “untuk”
Penggunaan kedua-dua kata ini boleh bertukar ganti untuk menyatakan maksud atau kegunaan sesuatu;
Cth
Bunga ini bagi/untuk kumbang itu.
Konsert ini diadakan bagi/untuk tujuan mengutip derma.
Namun terdapat kekecualian penggunaan kata sendi “bagi” apabila melibatkan kata kerja:
Kata sendi nama “untuk” boleh digunakan bagi tujuan kata kerja.
* Namun kata sendi nama “bagi” tidak boleh digunakan untuk kata kerja.
Contoh penggunaan:
Dia menelefon saya untuk menanyakan hal itu. (betul)
Dia menelefon saya bagi menanyakan hal itu. (salah)
Tempayan digunakan untuk menyimpan air. (betul)
Tempayan digunakan bagi meyimpan air. (salah)
Penggunaan kata sendi“demi untuk”
1.Perjuangan rakyat Palestin demi untuk membebaskan negara daripada cengkaman Zionis.
2.Kutipan derma dilakukan demi untuk meringgankan bebanan kewangan keluarga mangsa.
“demi” dan “untuk” berfungsi sebagai kata sendi nama.
Oleh sebab kedua-duanya tergolong dalam golongan kata yang sama, iaitu sendi nama, dan membawa makna yang sama iaitu untuk, maka penggunaan dua perkataan secara berderetan dianggap kurang tepat, seperti dalam ayat 1 & 2.
Perjuangan rakyat Palestin demi untuk membebaskan negara daripada cengkaman Zionis
Dalam kes “demi untuk” , mengikut peraturan tatabahasa bahasa Melayu adalah tidak tepat kerana dua kata sendi nama tidak boleh dideretkan seperti dalam ayat-ayat yang dibincangkan di atas dan dianggap melanggar peraturan tatabahasa.
6.Kekeliruan penggunaan kata sendi “di dalam” dan “dalam”
cth :
DI LARANG MAKAN DAN MINUM DI DALAM SURAU
Kata sendi ‘dalam’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian ‘lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak’ (seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya). Penggunaan yang betul adalah seperti dalam frasa berikut:
1.Dalam hal ini, saya bersetuju.
2.Keretanya rosak dalam perjalanan ke Kuala Perlis.
3.Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya.
Kata sendi ‘di dalam’ pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian ‘tempat yang mempunyai jarak atau ruang yang dapat dikenal pasti kedudukannya’.
Penggunaan frasa sendi di dalam adalah seperti berikut:
1.Semua pelajar diminta berkumpul di dalam dewan.
2.Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.
7.Kekeliruan penggunaan kata sendi ‘antara’ dan ‘di antara’
Frasa sendi “di antara” hanya digunakan untuk menunjukkan:
kedudukan fizikal
arah.
Contoh:
Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.
Lif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat.
Manakala kata sendi ‘antara’ digunakan untuk:
membuat perbandingan
ungkapan umum.
Penggunaan antara dalam bentuk ungkapan umun adalah seperti berikut:
Antara dia dan aku ada persamaan. (ungkapan umum)
Banyak perbezaan antara Fatimah dengan Rahmah. (perbandingan)
8.Penggunaan kata sendi “oleh, oleh kerana dan dengan”
Kata sendi nama ‘oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di- dan ter-.
Bola itu ditendang oleh Ali.
Kata sendi “ oleh “ juga digunakan untuk menyatakan
manusia iaitu diikuti oleh kata nama. Contoh:
Majlis Bicara Bahasa itu dirasmikan oleh Tun Ismail.
Lukisan itu dilukis olehnya.
Penggunaan kata hubung“ kerana”
‘Ini kerana ibunya sakit.’
‘Ini kerana kita tidak mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang bioteknologi.’
Persoalan?
Bolehkah ayat- ayat seperti di atas digunakan?
Jikalau tidak boleh, mengapa, dan bagaimanakah penggunaan yang betul?
“Kerana” ialah kata hubung yang berfungsi untuk mencantumkan dua ayat.
Misalnya ayat ’Dia tidak datang kerana ibunya sakit.’
Dalam ayat ini, “kerana” menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil keterangan (ibunya sakit).
Ayat yang bermula dengan “Ini kerana ...”, seperti dalam ayat: “Ini kerana ibunya sakit”, adalah tidak tepat, disebabkan perkataan “kerana” tidak boleh berfungsi sebagai predikat kepada subjek “ini”.
Maka ayat ini patut diubah supaya “kerana” benar-benar berfungsi sebagai kata hubung. Contohnya:
“Hal ini demikian kerana ibunya sakit”.
Penggunaan ”oleh kerana” dan ”oleh sebab”
Adakah kata ”oleh kerana” dan ”oleh sebab” boleh digunakan dalam bahasa Melayu?
Dalam ayat yang melibatkan kata sendi nama, frasa yang bermula dengan kata sendi nama mesti diikuti oleh kata nama.
Kata sendi nama dalam frasa “oleh kerana” dan “oleh sebab”, ialah “oleh”.
Yang menjadi persoalan ialah, apakah golongan kata “kerana” dan “sebab”?
“Kerana” dan “sebab” tergolong sebagai kata hubung.
Ayat “Dia tidak datang kerana ibunya sakit”, misalnya, boleh juga menjadi “Dia tidak datang sebab ibunya sakit”.
“Sebab” boleh menjadi kata hubung dan kata nama.Contoh ayat::
Budak itu menangis sebab dipukul ibunya. (kata hubung)
Berikan lima sebab yang munasabah kelewatan awak hari ini. (kata nama)
Tetapi “ kerana” tidak boleh bertindak sebagai kata nama. Cth:
Berikan lima kerana awak tidak hadir ke sekolah.
Jadi , oleh sebab hendaklah digunakan, bukan oleh kerana.
Dan tiada kata sendi “oleh kerana” dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Penggunaan kata sendi nama “dengan”
Digunakan untuk maksud:
1.Bersama
(Farid membawa diri dengan hati terluka.)
2.Perbandingan
(mereka selalu bergaduh bagai anjing dengan kucing.)
Kesan/ cara
(Abu melepaskan geramnya dengan menjerit sekuat-kuat hatinya.)
Alat
(Pak Mat memukul ular dengan buluh.)
9.Penggunaan kata sendi nama ‘akan’
Kata sendi nama “akan” digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang menyatakan perasaan seperti sedih, kasih, benci, sayang, takut dan sebagainya.
Kata sendi “akan” tidak boleh disingkatkan menjadi “-kan” dan digabungkan dengan kata adjektif.
Kesalahan yang kerap dilakukan:
Saya sayangkan keluarga saya.
Saya takutkan hantu.
Sepatutnya
Saya sayang akan keluarga saya.
Saya takut akan hantu.
LATIHAN
Betulkan kesalahan penggunaan kata hubung, penggunaan imbuhan,ejaan, struktur ayat (ayat tergantung) dan tanda bacaan dalam petikan ini.
SOALAN 1
Kempen Bijak berbelanja keluarga bahagia dilancarkan kerajaan ialah bertujuan mengalakan masyarakat supaya bijak dalam merancang belanja ketika membeli barangan. Melalui kempen ini, masyarakat beri kesedaran dalam pembelian barangan keperluan mereka.
Masyarakat diberi kesedaran pengetahuan dan nasihat dalam membeli barangan yang kualiti, membeli barangan dengan harga yang patut dengan banding harga barangan lain ketika membeli-belah. Masyarakat yang diberi dedah tentang bijak berbelanja, membolehkan mereka merancang belian dan pebelanjaan mereka. Mereka tidak akan beli barangan yang kurang. Kami akan menjadi pembeli yang bijak iaitu memilih barangan yang sama jenis sambil barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
Masyarakat yang diberi sedar melalui kempen bijak berbelanja akan menjadi pengguna yang berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Kami tidak akan bazir wang kami dan membeli barangan yang mahal dan tidak kualiti.
Pengguna yang bijak adalah pengguna yang pandai rancang perbelanjaan mereka berjimat cermat bila membeli dan kami akan membandingkan harga barangan yang sama, membeli barangan yang mempunyai kualiti harga yang berpatutan.
SOALAN 2
Pencemaran alam sekitar berpunca daripada pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara berlaku akibat asap kenderaan, asap bakaran sampah-sarap, asap kilang dan jerebu akibat bakaran hutan.
Buangan sisa toksid dan bahan kumuhan mengakibatkan sungai dan laut cemar. Manakala pencemaran bunyi berlaku akibat bunyi bising daripada jentara, bunyi kenderaan dan bunyi daripada kilang.
Pembuangan sampah yang tidak atur terutama pembuangan sampah di dalam sungai menyebabkan air sungai tercemar. Ikan-ikan dalam sungai mati akibat air yang kotor.
Berbagai langkah telah jalan demi untuk mengatasi masalah pencemaran seperti ketat undang-undang, mengenakan denda tentang pehak yang melakukan pencemaran alam sekitar. Kempen Cintai Sungai Kita dan Kitar Semula Bahan Buangan terlaksana untuk menyedarkan masyarakat. Kempen Kitar Semula sedar masyarakat mengitar semula bahan buangan seperti ; kertas, surat khabar, botol plastik dan tin minuman. Kitar semula bahan buangan dapat kurang sampah-sarap bertaburan merata tempat dan bahan buangan dapat diproses dan guna semula. Cogan kata Negara Bersih Rakyat Sehat juga menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menjaga kebersihan sekitar mereka.
Friday, May 28, 2010
Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa
1)KESALAHAN HURUF BESAR
Nama Khas (rujukan khusus merujuk nama orang, nama haiwan, pangkat, institusi, bangsa, slogan dsb)
Azam
Ipoh
Sang Kancil
Belang
Kampung Seberang Ramai
Bersih, Cekap dan Amanah
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga
2)KESALAHAN KATA GANTI DIRI
i.ianya sepatutnya ia atau nya sahaja
ii.ia tidak boleh digunakan selain daripada manusia dan benda bernyawa
iii.beliau sepatutnya digunakan untuk orang-orang tertentu sahaja
Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
3)PENGGUNAAN TANDA BACAAN.
Simbol atau tanda bacaan yang digunakan untuk mengisyaratkan pembaca untuk melakukan sesuatu dalam bacaan.
( . ) ( , ) (?) ( ! ) ( - ) ( : ) ( “….” ) ( ;)
1.Noktah ( . )
Sebelum tanda penutup kata ..” dalam cakap ajuk.
Cth: “Air itu masih panas.”
2.Seruan ( ! )
Sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat.
Cth: Aduh, sakit perutku!
3.Sempang/sengkang( -)
Digunakan untuk:
Merangkaikan awalan ke- dengan angka
Cth: ke-10
Merangkaikan angka dengan akhiran –an
Cth: tahun 60-an
Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan huruf besar.
Cth: Petunjuk-Nya, anti-Israel, pro-Amerika,
Digunakan untuk menunjukkan maksud memihak atau menyebelahi sesuatu pihak dan dieja sebagai satu perkataan.
Cth: Prokerajaan, prodemokrasi, promajikan
4.Noktah bertindih ( : )
Digunakan untuk memberikan penjelasan atau memperkenalkan sesuatu.
Cth: Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut:
5.Pengikat kata / petik (“…”)
a)Untuk mengapit petikan langsung
Cth: “Saya sungguh penat,” kata Mas.
b)Pada judul rencana, karangan, novel, puisi dsb.
Cth: Cikgu Ali mengajarkan novel “ Senjakala”
6.Koma bertitik ( ; )
Untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara
Cth: Kami lulus dalam ujian Bahasa Melayu; Rita 90 markah, Tini 98 markah dan Ali 100 markah.
KESALAHAN KATA MAJMUK
Rakan Muda Sekolah
"Selamat Di Jalanraya"
-Secara umumnya, kata majmuk dieja secara terpisah(jarak).
-Ini kerana kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar yang
-Membawa maksud yang berbeza.
-Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang dianggap telah mantap
penggunaannya.
-Oleh itu, kata majmuk yang telah mantap hendak dieja sebagai satu perkataan.
-Pilihan raya
-Lebuh raya
-Reka cipta
-Cahaya mata
-Tengah hari
-Kereta api
-Lebuh raya
-Temu duga
-Ibu bapa
-Usaha sama
Kata Majmuk yang Sudah Mantap
Perlu dieja sebagai satu perkataan
cth :
Antarabangsa Beritahu Tandatangan
Bumiputera Olahraga Tanggungjawab
jawatankuasa Warganegara Kakitangan
Kerjasama Pesuruhjaya Matahari
Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan, dan mestilah mematuhi peraturan ejaan yang telah ditetapkan.
Kata Majmuk
-ambil alih
-satu padu
-kemas kini
Awalan
-mengambil alih
-bersatu padu
-mengemas kini
Apitan
-Pengambilalihan
-menyatupadukan
-pengemaskinian
5)KESALAHAN IMBUHAN
Kesalahan yang berhubungan dengan imbuhan dapat dibahagi kepada:
a.Awalan meN.
b.Akhiran …kan,
c Akhiran ...an dan ...kan,
d.Akhiran ...kan dan ...i,
a) Akhiran …..kan
Akhiran kan
- mengamal dan menyampaikan
- memaju dan mengembangkan
- membesar dan meluaskan
- menyejuk dan menyegarkan
- membangun dan mengukuhkan
Sepatutnya
- mengamalkan dan menyampaikan
- memajukan dan mengembangkan
- membesarkan dan meluaskan
- menyejukkan dan meluaskan
- membangunkan dan mengukuhkan
b) akhiran ...an dan ...kan
akhiran 'an' dan 'kan'
- kesesakkan
- kebanyakkan
- penyemakkan
- menggalakan
- meletakan
sepatutnya
- kesesakan
- kebanyakan
- penyemakan
- menggalakkan
- meletakkan
c) Akhiran ..kan & ...i
Akhiran kan dan i
- mengirimkan ayah surat
- menghadiahkan saya sebentuk cincin
- mengurniakan beliau bintang
- mencucurkannya rahmat
- menganugerahkannya ilmu
sepatutnya
- mengirimi ayah surat atau
mengirimkan surat kepada ayah
- menghadiahi saya sebentuk cincin atau
menghadiahkan sebentuk cincin kepada saya
- mengurniai beliau bintang atau
mengurniakan bintang kepada beliau
- menganugerahinya ilmu atau
menganugerahkan ilmu kepada beliau
6)KESALAHAN HUKUM D-M
-ciri atau sifat susunan kata dalam bahasa Melayu yang kebetulan berbeza daripada
sifat susunan kata dalam bahasa Inggeris.
-Jika dalam bahasa Inggeris penerang (modifier) mendahului kata utamanya (head).
maka dalam Bahasa Melayu sebaliknya pula. Diterangkan perlu mendahului
menerangkan.
-Oleh sebab itulah dalam Bahasa Melayu big house disebut rumah besar dan bukan
besar rumah.
Kesalahan
- dalam lain perkataan
- lain-lain perkara
- Minah Restoran
- Dunlop tayar
- goreng pisang
- Pendingin hawa
Padanan bahasa Inggeris
- in other words
- other matters
- Minah Restaurant
- Dunlop tyre
- fried banana
- Air cond
Pembetulan
- dengan kata-kata lain
- perkara-perkara lain
- Restoran Minah
- tayar Dunlop
- pisang goreng
- Penghawa dingin
7)KESALAHAN KATA BILANGAN
Kesalahan
- kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan ...
- beberapa orang pelajar-pelajar
- lebih banyak bangunan-bangunan
- antara kemudahan-kemudahan
- ramai pelawat-pelawat
- senarai nama-nama
- segerombolan askar-askar
- sepuluh buah rumah-rumah
- burung-burung berterbangan
Sepatutnya
- Kebanyakannya sibuk dengan urusan
- Beberapa orang pelajar
- lebih banyak bangunan
- antara kemudahan
- ramai pelawat
- senarai nama
- Segerombolan askar
- sepuluh buah rumah
- Burung berterbangan
Kesalahan yang sering dilakukan adalah menggandakan kata yang seterusnya.
Emak sibuk menyapu daun-daun kering yang berguguran di halaman rumah.
8)KESALAHAN EJAAN
Salah
- Definasi
- Atlit
- Gembeleng
- Ekslusif
- Agen
- Lembab
- Lageda
Betul
- Definisi
- Atlet
- Gembleng
- Eksklusif
- Ejen
- Lembap
- Legenda
cth :
DI-LARANG MELETAK BAISIKEL2 DI-HADAPAN GUDANG INI.
Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat
a.Teladan ATAU Tauladanb.
Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belahc.
Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan
Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...an
Persaraan ATAU Pesaraan
Pelantikan ATAU Perlantikan
Penstrukturan ATAU Pengstrukturan
Pergolakan ATAU Pergolakkan
9)KESALAHAN KATA PENGUAT
Perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Hadir di hadapan,
belakang dan bebas.
Depan- paling, agak, terlalu, cukup, kurang
Cth - Hasnah agak tinggi orangnya.
- Sam cukup mewah berbelanja.
- Nazrul terlalu sibuk sehingga terlupa untuk makan.
Belakang - sekali, benar, betul
Cth - Gula-gula itu manis betul.
Pasangan itu cocok sekali
Bebas – amat, sangat , sungguh
cth - Bayi itu sangat comel/comel sangat.
dia sungguh nakal.nakal sungguh
Imbuhan ter-
Pilihan yang terbaik
Kesalahan yang sering dilakukan
Kata penguat depan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam. Contoh:
Paling baik sekali
amat pandai sekali
sangat merdu sekali
-ter +kata adjektif + Kata Penguat
terbesar sekali
tercantik sekali
-ter + kata penguat+k.adjektif
tersangat cantik
teramat masyhur
10)KESALAHAN KATA PEMERI
Unsur yang menjadi pemeri hal dan terdiri daripada kata ialah dan adalah.
Ialah – diletakkan di antara subjek dengan predikat yang terdiri daripada kata nama
Cth: Sebut harga yang kami tawarkan ini ialah sebut harga yang terkini.
Adalah – diletakkan di antara subjek dengan predikat yang terdiri daripada selain frasa/kata nama
Cth: Kami yakin bahawa harga yang kami tawarkan adalah yang terbaik di pasaran.
cth :
MAKLUMAN
Adalah di maklumkan, Kerja-kerja ubahsuai tandas sedang di lakukan di kawasan permis tuan/puan.Bagi penghuni bangunan di tkt 1,2,& 3 sila ke tkt 4 atau 5 untukmenggunakan tandas yang sedia ada.Bagi penghuni ti tkt 7,8,9,10 &11 pula, sila gunakan kemudahan tandas di tkt 7,8 &9. Kerjasama dari pihak tuan/puan, kami ucapkan terima kasih.
Arahan
Pengurusan Bangunan
11 KESALAHAN KATA NAFI
Kata yang mempunyai unsur penolakan atau penyangkalan.
Tiga jenis kata nafi iaitu:
Tidak
Bukan
Kata nafi ‘bukan’ digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Itu bukan bapanya.
Kereta api itu bukan dari Perlis tetapi dari Alor Star.
Mahasiswa itu bukan rajin tetapi pandai mengampu.
Kata nafi ‘tidak’ digunakan untuk menafikan frasa adjektif dan frasa kerja.
Dewan itu tidak besar sangat.
Emaknya tidak pergi ke sawah
1. Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas.
2. Penyataan itu adalah tidak benar.
3. Satu usaha yang dijalankan ialah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk
tatapan masyarakat.
4. Keputusan panel hakim ialah muktamad.
5. Tarikh akhir penghantaran tugasan EUW 410 ialah pada 1 Mac 2008..
6. Adalah dimaklumkan bahawa cuti petengahan semester akan bermula pada 20 Ogos
2008.
7. Rumah itu ialah bukan milik kami.
8. Berbagai barangan kulit dijual di pasaraya Aneka.
9. Pensyarah yang baru datang itu ialah pensyarah komunikasi.
10. Pelajar yang paling pandai sekali adalah Arif.
11. Fikirannya amat tajam sekali.
12. Azman pelajar yang teramat malas sekali di dalam kelasnya.
13. Kelihatan daun-daun berguguran ditiup angin.
14. Matlamat utama UniMAP ditubuhkan ialah untuk melahirkan lebih ramai tenaga
jurutera profesional
15. Antara perkara yang dibincangkan dalam buku itu ialah pentingnya penterjemahan
dari segi pindah budaya dan percambahan pengetahuan.
16. Kesesakan lalulintas menyebabkan Aminah lambat sampai ke universiti.
17. Sani mendapat markah yang paling tertinggi di dalam kelasnya.
18. Bangunan yang tinggi itu ialah bukan pejabat Kumar.
19. Pemain-pemain bola sepak amat yakin benar akan menang dalam perandingan itu.
20. Segerombolan askar-askar Israel telah berjaya menakluki Palestin.
Jawapan :
1. Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.
2. Penyataan itu tidak benar.
3. Satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk

5. Tarikh akhir penghantaran tugasan EUW 410 adalah pada 1 Mac 2008..
6. Dengan ini dimaklumkan bahawa cuti pertengahan semester akan bermula pada 20 Ogos
2008.
7. Rumah itu ialah milik kami.
8. Berbagai-bagai barangan kulit dijual di Pasar raya Aneka.
9. Pensyarah yang baru datang itu ialah pensyarah komunikasi
11. Fikirannya amat tajam/tajam sekali.
12. Azman pelajar yang malas sekali di dalam kelasnya.
13. Kelihatan daun berguguran ditiup angin.
14. Matlamat utama UniMAP ditubuhkan adalah untuk melahirkan lebih ramai tenaga

16. Kesesakan lalu lintas menyebabkan Aminah lambat sampai ke universiti.
17. Sani mendapat markah yang paling tinggi/ tertinggi di dalam kelasnya.
18. Bangunan yang tinggi itu ialah pejabat Kumar.
19. Pemain-pemain bola sepak amat yakin/yakin benar akan menang dalam pertandingan
itu.
20. Segerombolanaskar/ askar-askar Israel telah berjaya menakluki Palestin.
“Bahasa yang digunakan seseorang mencerminkan peribadinya”

Karangan (esei) Panduan menulis esei
Karangan
Definisi
-ciptaan, gubahan, compose (seperti mengarang cerita, lagu, sajak, surat kiriman dll)
-Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985:200), karangan ialah penglahiran
perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan/dipilih.
-Melibatkan kemahiran kognitif dan linguistik.
-Penulisan esei/ karangan merupakan aktiviti komunikasi antara penulis dan dengan
pembaca.
-Tujuan menyakinkan tentang kebenaran, kepentingan, keaslian dan sebagainya.
Sesebuah karangan perlu:
Tuntas - (lengkap, menyeluruh)
Menarik perhatian - (mengikat pembaca supaya membaca teks hingga selesai)
Menyakinkan - (mempesona dan memujuk pembaca)
Menjadi ingatan - (ada bahagian dalam teks yang dapat kekal tertanam dalam
kenangan/memori pembaca)
Jenis-jenis esei
Jenis Teks Berformat:
-Surat Rasmi
-Laporan
-Kertas Kerja
Jenis Teks Tak Berformat:
-Pendapat
-Hujahan
-Perbincangan
Ciri-ciri penulisan/esei yang baik
Struktur karangan/esei
Fakta
Gaya dan Laras
Bentuk Wacana (penanda wacana)
1.Struktur asas karangan
- Kepala
- Badan
- Kaki
2.fakta
-Penulisan ilmiah lebih bersifat objektif untuk menguatkan hujahan dan pendapat.
-Fakta yang dikemukakan perlu sahih(bukan rekaan/imaginasi pengarang)
3.Gaya dan laras bahasa
-Laras bahasa dikaitkan dengan bidang berkaitan dengan tajuk.
-Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara.
4.Bentuk wacana (penanda wacana)
-Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi
mempertalikan/mengaitkan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa
menulis ataupun berucap.
-Seandainya sesuatu wacana/karangan berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang
tepat, akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai
kesatuan dan perpautan yang lengkap.
-Contoh penanda wacana seperti dewasa ini, di samping itu, hal ini demikian dll.
(i) Perenggan Pendahuluan
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca.
Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya.
Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat.
Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum.
dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan.
Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.
(II) PERENGGAN ISI
isi yang mantap perlu ada:
Fakta/idea utama
Huraian
Contoh
Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama.
Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting atau yang dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan.
Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat.
Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. contoh
(III) PERENGGAN PENUTUP
Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.
dibina dengan menggunakan tiga hingga lima ayat.
Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan
Jangan mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan
Gunakan penanda wacana yang sesuai seperti kesimpulannya, tegasnya, konklusinya, dll
Beberapa cara menulis penutup yang mudah adalah seperti
menyatakan semula,
membuat ramalan,
dan membuat syor.
(B) MEMBUAT RAMALAN
Menyatakan tanggapan bahawa sesuatu perkara mungkin terjadi akibat daripada sesuatu masalah.
Satu atau dua tanggapan yang difikirkan lojik boleh diberikan secara ringkas.
Teknik ini sesuai digunakan untuk beberapa jenis karangan, antaranya perbincangan, ulasan, dan ceramah Contohnya:
Dengan wujudnya keadaan-keadaan di atas, pencemaran air sukar untuk diatasi. Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.
(c) MEMBERIKAN SYOR
memberikan cadangan yang dikira munasabah.
Dua cadangan dianggap mencukupi.
Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana yang di bawah ini:
Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-mana sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan dipupuk. Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubahsuai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas, wajib dilaksanakan untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya.
PENDAHULUAN
Jenis-jenis pendahuluan :-
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
1.PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998. Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.
2.PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT –
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.
3.PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
4.PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.
Latihan
Keganasan antarabangsa seperti yang berlaku di Palestin sekarang ini telah mencetuskan pelbagai keadaan huru-hara ekoran banyak nyawa yang terkorban. Keganasan antarabangsa ini meninggalkan kesan kepada setiap aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Bincangkan kesan-kesan tersebut serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.
skema
Pengenalan.
Jenis definisi
Keganasan bermaksud penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan dll utk mendapatkan hak dan tuntutan politik, ekonomi, sosial dll drpd sesuatu pihak.
Disebabkan oleh pertentangan ideologi kelemahan politik atau pentadbiran, kegawatan ekonomi dll.
Keganasan akan mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.
Isi
Kesan-kesan
kesalamatan rakyat tidak terjamin
Ekonomi negara akan runtuh
Sektor pelancongan dan pentadbiran sesebuah negara hancur-ketidakpercayaan negara-negara lain terhadap negara yang terbabit
Langkah
Penguatkuasaan undang-undang dunia-PBB, OIC, dll
Kerjasama antarabangsa (negara-negara membangun, dunia ketiga dll perlu bersatu)
Sikap bertolak ansur dan kesedarhanaan.
Kesimpulan
Keganasan antarabangsa menghalang perpaduan dan kemajuan
Harus ambil iktibar drpd kehancuran negara-negara lain

Thursday, May 27, 2010
Kefahaman teks prosa dan puisi
OBJEKTIF
*Mengenali pelbagai genre teks prosa dan puisi Melayu.
*Menambahkan kosa kata bahasa Melayu dengan menggunakan laras sastera yang indah dan
halus seperti kiasan, metafora, simile, personafikasi, hiperbola, pengulangan,
perlambangan, peribahasa dan lain-lain.
*Memahami makna implisit dan eksplisit dalam teks prosa dan puisi.
*Memahami nilai-nilai yang terdapat dalam teks puisi dan prosa.
*Dapat mengalih bahasa dan merumuskan teks prosa dan puisi dengan menggunakan gaya dan
laras bahasa yang sesuai.
Jenis-jenis teks
*Prosa
-novel, cerpen dan drama.
*Puisi (moden dan tradisional)
-karangan yang berangkap seperti:
-Syair
-Pantun
-Gurindam
-Sajak (moden)
-dll
*Proses penciptaan puisi/sajak begitu akrab dengan budaya masyarakat Melayu dan
selalunya mencerminkan budaya dan pemikiran masyarakat tersebut.
*Puisi tradisional merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan
yang mengungkapkan ciri-ciri budaya masyarakat dan milik koletif masyarakat
penuturnya seperti syair, seloka, gurindam dan pantun dan lain-lain.
*Penciptaan sesebuah puisi mempunyai sebab dan akibatnya.
*Tujuan puisi/sajak khususnya puisi tradisional dicipta pada zaman tersebut ialah
untuk tujuan:
-Pendidikan
-Nasihat dan pengajaran
-Sindiran
-Hiburan/jenaka
-Berkomunikasi
-Perubatan
-dll
1. Sindiran
Seloka Emak Si Randang
Baik budi emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tidak berkayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui.
(Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, 1996:339
2.Hiburan/jenaka
Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya
3.Nasihat dan pengajaran
Pengajaran/nasihat
apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
(Gurindam fasal ke-13)
4.perubatan
Mentera pengasih
Tembakau Si Raja Ali,
Rendang kuali sudu,
Aku pintal engkau seperti tali,
Akumemakai kasihan rindu,
Terindu-rindu aku,
Terendang-rendangkan aku,
Tidur siang terlihat-lihat aku,
Tidur malam termimpi-mimpikan aku,
Berkat aku memakai kasihan rindu
Prof. Mohd Taib Osman, Warisan Puisi Melayu, hlm. 163.
Untuk memahami sesebuah teks prosa dan puisi beberapa aspek dasar iaitu:
medan makna (isi)
medan kata (bahasa)
medan rasa (teknik).
1.Medan makna (isi/idea)
merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi.
Persoalan
Persoalan-persoalan khusus dan sampingan dalam puisi.
Perutusan/Amanat/mesej/pengajaran
Gagasan nilai yang hendak disampaikan oleh pengarang.
Maksud
Maksud tersurat (eksplisit)
Maksud tersirat ( implisit)
2.Medan Kata (Bahasa)
Aspek penting perlu disentuh antaranya:
Diksi
Frasa
Konotatif
Eufemisme
1.Diksi
Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata dalam puisi. ( Ialah perkataan yang digunakan penyajak/penulis dalam puisi/cerpen.
Penggunaan kata/perkataan dlm sajak selalunya dalam bentuk:
Istilah asing BI, Arab, Indonesia dll
memberikan kesan dan gambaran sebenar sajak yg dihasilkan
Dialek
Singkof (kependekan) seperti “Apa dah jadi pada dunia kini.”
Perlambangan.
Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain (maknanya lebih mendalam).
Kata yang membawa makna yang lain daripada yang lyang tersurat.
Contoh:
Warna
Merah - berani, bahaya, cemas, garang, gelora
Putih - suci bersih, harapan, gembira, mengaku kalah
Hitam - kotor, durjana, jahat, sengsara, celaka, hantu, noda
Hijau - muda, baru, harapan, segar, ramaj, cemburu
Biru - rindu, dendam, kasih, cinta
Kuning - bangsawan, kesultanan, keemasan, ketinggian, sakti,keangungan
Masa
Senja - peralihan dari bahagia kepada sengsara atau derita, bimbang,keluh kesah,
peralihan ke usia tua
Malam - derita, sengsara, kecewa, putus asa, tiada harapan, kecelakaan dan
kemusnahan
Fajar - harapan baru, peralihan duka kepada bahagia
Siang - harapan, ketenangan, permulaan dan bahagia
Pagi - hidup baru
Alam
Embun -kemurnian dan harapan
Api -perang, bahaya, marah, kejahatan dan cabaran
Laut dan ombak -dada yang lapang dan alam yang luas
Angin -perubauhan, pengaruh,dan berita
Burung gagak -kejahatan dan bencana
Burung merpati -kedamaian dan kebebasan
Kumbang -lelaki, teruna
Mawar, bunga atau kembang- wanita,gadis dan perawan.
Konotatif
Maksud yang lain daripada maksud asal(tersurat)
Makna tersirat. Cth:
Bunga ini tanah tumpah darah kita…
Eufemisme
Ungkapan atau kiasan yang halus dan tidak mengandungi makna yg kasar.
Contoh ungkapan ‘kamu hampir lulus’ ialah ungkapan eufemisme utk maksud ‘kamu memang gagal.’
contoh puisi
"Embun"
oleh M. Ghazali
Embun hatinya berkaca
kejauhan paginya
embun hatinya berkata
ia diliputi senja.
Dadanya ada embun
tapi bukan untuknya.
Embun hatinya berkaca
dingin embun dinoda.
Kuala Lumpur, 5 Mac 1959.
Bunga Merah, 1977.
Contoh ini ialah kata “ Embun". dalam sajak ini, digunakan untuk melambangkan suatu perkara yang lain.
Embun di sini mungkin membawa maksud harapan dan sebagainya.
(Menurut analisis Shahnon Ahmad, embun di sini merujuk kepada kemerdekaan negara kita.Namun Muhammad Haji Salleh yang menganggap sajak ini sebagai sajak kabur kerana lambang embun itu tidak dapat dikaitkan dengan sesuatu perkara yang lain dengan mudah.)
Ke Makam Bonda Karya Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang Kami mengunjungi pusara bondaSunyi pagi disinari suriaWangi berseri puspa kembojaMenyambut kami mewakili bondaTegak kami di makam sepiLalang-lalang tinggi berdiriDua nisan terkapar matiHanya papan dimakan bumiDalam kenangan kami melihatMesra kasih bonda menatapSedang lena dalam rahapDua tangan kaku berdakapBibir bonda bersih lesuPernah dulu mengucupi dahikuKini kurasakan kasihnya lagiMeski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkanTiada lagi lalang memanjangAda doa kami pohonkanAir mawar kami siramkanSenyum kemboja mengantar kamiMeninggalkan makam sepi sendiriDamailah bonda dalam pengabadianInsan kerdil mengadap TuhanBegitu bakti kami berikanTiada sama bonda melahirkanKasih bonda tiada sempadanKemuncak murni kemuliaan insan
Menolak Rezeki
Tong sampah besar sebiji dikunjungi setiap hari mencari rezeki
sehari dia cuti terbuang selori rezeki,dimakan api atau bumi
pernah dia berjumpa sebuah beg plastik berisi wang selaksa milik si cuai yang kaya
tapi hingga kini peristiwa ini masih lagi baginya suatu babak mimpi siang hari.
Hari ini dalam kesibukan kerja biasa
terjumpa dia bungkusan berisi bayi yang tersengih sumbing melihat matanya.
"Ah, yang ini susah nak jual," kuis tangan kirinya lalu ia terusi tugas sehari-hari mengais isi tong mencari rezeki.karya Irwan Abu Bakar (Dewan Sastera, April 2003)
Latihan perbincangan…….
1.Pada pendapat anda apakah tema dan nada sajak ini dan makna eksplisit dan implisit yang hendak disampaikan oleh penyajak kepada pembaca, mengikut pemahaman masing-masing.
2.Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata “Ah, yang ini susah nak jual”… mengikut penggunaannya dalam sajak tersebut.
3.Apakah pengajaran yang boleh diperolehi melalui sajak “Menolak Rezeki” ini.
Tema 'kemanusiaan' dengan nada yang agak sinis.
Makna Eksplisit:
Secara rambang puisi ini menceritakan watak utama seorang 'dia' yang kerjanya saban hari adalah berada di tempat pembuangan sampah.
Tidak lain hanya menyelongkar timbunan sampah-sarap; demi mencari benda-benda atau barang-barang buangan yang masih boleh diguna pakai, kemudian untuk dijualkan kepada peraih(karung guni).
Pernah sekali 'dia' menjumpai sebungkus wang terbungkus dalam beg plastik yang berkemungkinan telah tercicir atau terbuang oleh seseorang(dikenali sebagai 'si cuai yang kaya).
Kemudian, seperti hari-hari biasa juga, 'dia' kembali mencari sesuatu benda yang berharga di tempat pembuangan sampah tersebut. Lalu secara tidak sengaja, 'dia' terjumpa seorang bayi (dalam bungkusan dan bayi itu tersenyum kepada 'dia') tetapi tidak diendahkannya. Kerana 'dia' menganggap bayi itu sukar untuk diniagakan (susah untuk dijual). 'Dia' kemudian kembali meneruskan pencarian(rezekinya) tanpa peduli atau menghiraukan hal-hal yang lain.
Makna Implisit(tersirat)
Sajak yang berupa kritikan sosial dalam masyarakat.
Perlambangan tong sampah merupakan satu perlambangan yang jijik dan meloyakan tekak dan biasanya dengan pemandangan yang amat menyakitkan mata .
Secara tersirat TONG SAMPAH BESAR itu mungkin mewakili sebuah kompleks pelacuran , kawasan pelacuran ataupun komplek perjudian ataupun untuk nilai “ universal “ atau “world view” nya mungkin seluruh penghuni dunia ini dan isi-isinya sekarang yang banyak dan kucar-kacir dan berkiblatkan harta-benda ( kalau di Kuala Lumpur semua orang tahu di mana terletaknya kawasan “ sampah “ tersebut ) .
Tong sampah yang besar itu mengumpulkan pelbagai jenis kelas masyarakat. Ada yang menjadi pelacur (sampah ) ada yang menjadi penagih dadah (sampah ) ada yang menjadi gangster (sampah) penipu (sampah) pemeras ugut (sampah) pondan / bapok / bohjan / bohsia untuk mencari kepuasan seks (sampah) penjudi (sampah masyarakat dan pelbagai lapisan sampah lagi golongan masyarakat sampah.
Jawapan 2:
rangkai kata 'yang ini' yang dimaksudkan kepada 'bayi' yang dijumpai oleh 'dia' itu.
Memang pun (kalau kita) memang tidak kita jual, malah kita ambil dan serahkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat atau buat laporan polis.
sebagai manusia biasa mungkin akan timbul rasa tidak tergamak untuk melakukan kerja 'berjual-beli manusia' itu(secara normal dan logik akal).
Tetapi berlainan pula kepada watak 'dia' yang lebih mementingkan 'perut'nya dan kerjanya agar biar menjadi mudah dan tidak menyusahkannya di kemudian hari.
3.Pengajaran
Sifat materialistik manusia menyebabkan kuasa 'wang‘ menjadi lebih kuat kesannya kepada manusia jika dibandingkan dengan 'seorang bayi' yang belum tentu lagi mendatangkan keuntungan secara material, terutama kepada watak 'dia' ini.
Sifat kemanusiaan perlu ada dalam diri setiap manusia. watak 'dia' ini membawa contoh atau mewakili manusia yang zalim, tidak berperikemanusiaan, dan hanya mementingkan kebendaan dan ternyata apabila dia tidak menolong bayi tersebut.
‘Jiwa Hamba,’ Oleh Usman Awang
Termenung seketika sunyi sejenakkosong di jiwa tiada penghunihidup terasa diperbudak-budakhanya suara melambung tinggiberpusing roda beralihlah masaberbagai neka hidup di bumiselagi hidup berjiwa hambapasti tetap terjajah abadikalau hidup ingin merdekatiada tercapai hanya berkatake muka maju sekata maju kitamelemparkan jauh jiwa hambaIngatkan kembali kata sakti,dari bahang kesedaran berapidi atas robohan Kota MelakaKita dirikan jiwa merdeka’
Sajak ini menyeru masyarakat Melayu Malaysia agar membebaskan jiwanya. Kata Usman Awang, “hidup terasa diperbudak-budak / hanya suara melambung tinggi,” sedang suara itu tidak langsung mendapat perhatian pihak yang berkenaan. Hal ini disebabkan ‘jiwa hamba’ yang menebali diri. Kata Usman Awang lagi, selagi kita berjiwa hamba maka hidup kita akan terus dijajah. Justeru, beliau menyeru agar orang-orang Melayu bangkit daripada kesilapan masa lampau, yang dalam sajak ini, ditandai dengan kejatuhan Kota Melaka. Seruan Usman Awang itu merupakan usaha mengembalikan kedaulatan dan kesakralan bangsa. Kedaulatan dan kesakralan itu tentunya mengambil contoh kegemilangan yang pernah dicapai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Apabila Usman Awang menyeru orang-orang Melayu agar membebaskan jiwa daripada belenggu penjajahan bererti beliau mengajak orang-orang Melayu agar membuang jauh sikap dan paradigma yang menyekat kemajuan diri. Jika seruan itu disedari pembaca, diikut dan diteladani, maka seruan itu telah mendatangkan kebijakan atau hikmah yang membijaksanakan. Individu berkenaan akan merasai betapa nikmatnya kemerdekaan jiwa, sebagaimana diwarwarkan oleh Malaysia menjelang sambutan 50 tahun kemerdekaan. Idealisme sajak ini bermula daripada kesedaran jiwa Usman Awang yang diterapkan ke dalam karya untuk dikongsi dan diteladani oleh pembaca.
Latihan kefahaman 1.
Di Rumah Cinta setiap kali ku kunjungirumah cinta ini kurasakan pintu takwa semakin membukakan sinar makna kandil wahyu titian keagungan-Mu........... (Dharmawijaya,1992)
Soalan:
Alih bentuk bahasa yang berikut kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.
Latihan kefahaman 2.
Pembersihan
Karya Rahman Shaari
mereka perjuangkan kebersihan kota mengimbangi cantiknya bangunan batu dan banyaknya kenderaan lalu.
tapi lihatlah, di celah rimbunan kemajuan ini betapa kering daun peribadi rebah budaya oleh kasar kota.
seorang penjual air tebu telah dirampas balang rezekinya ia mengotorkan kota: ini jalan bukan untukmu.
kalaulah si miskin semuanya mati bertambah bersihlah kota ini.
1.Apakah maksud yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam sajak “Pembersihan” ini?
2.Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan rangkai kata:
a.di celah rimbunan kemajuan ini
b.betapa kering daun peribadi
c.rebah budaya oleh kasar kota.
3.Apakah pengajaran yang boleh diperolehi menerusi sajak ini?